18300 GUA MUSANG, KELANTAN

Pemandangan Pintu Utama Hadapan Sekolah

Saturday, 28 December 2013

Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Lagenda Pulau Langkawi

Sekolah Kebangsaan Pulat telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi pada 23 hingga 26 Oktober 2013. Lawatan ini bagi mendedahkan pelajar tentang dunia luar serta bagi menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar. Pelajar merasai pengalaman pertama di Jeti Kuala Perlis Wajah cemas pelajar menaiki bot laju ke Langkawi Aksi buaya di Taman Buaya Langkawi Tiga jejaka Warga Pulat beraksi di Taman Buaya Pelajar menaiki 'gondola'...

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2013

"Guru bagaikan pelita membakar diri menerangi masa depan anak-anak" Setiap tahun, Sekolah Kebangsaan Pulat akan mengadakan sambutan Hari Guru bagi menghargai dan memberi motivasi kepada para guru di sekolah pedalaman ini untuk terus menyampaikan ilmu kepada anak-anak Orang Asli Temiar. Jika di sekolah bandar, peranan guru sudah mulai mengalami hakisan kerana wujudnya pelbagai sumber ilmu lain menjadi alternatif kepada pelajar seperti pusat tusyen...

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT

Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.