05:49
Sekolah Kebangsaan Pulat telah mengadakan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia pada hari Sabtu, 2 Julai 2011. Program ini dilakukan selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahu merealisasikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Program yang dilakukan serentak di seluruh negara ini, telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohamed Bin Zakaria tepat jam 7.45 pagi. Murid-murid perlu mengharungi larian sejauh 1.5 km dan melalui 3 buah kampung di Pos Pulat. Tahniah kepada semua warga SK Pulat kerana menjayakan program ini!
Gambar 1 : Pihak Urusetia membantu menguruskan murid sebelum acara.
Gambar 2 : Para guru mengedarkan nombor kepada para peserta larian
Gambar 3 : En Fadzil mengendalikan acara 'warming up"
Gambar 4 : Tuan Guru Besar melepaskan para peserta larian
Gambar 5 : Para peserta bersungguh-sunguh berlari mengikut laluan yang ditetapkan
Gambar 7 : Para petugas memastikan laluan peserta selamat dan lancar.
Gambar 7 : En Haslizan bertungkus lumus menjaga "check point"
yang perlu dilalui oleh peserta larian
Gambar 8 : Wajah gembira peserta Larian 1M1S1M, adik Manisha
04:46
"Espirit De' Corps"
Pada 14 Jun 2011, Pasukan Pilihan SK Pulat telah mengadakan perlawanan bola sepak menentang Pasukan Pilihan SK Kulah Betis. Perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara staf dan guru kedua-dua sekolah ini dan mereliasasikan konsep "Sukan Untuk Semua". Perlawanan ini telad diadakan di padang SK Kuala Betis dan Pasukan Pilihan SK Pulat telah memenangi perlawanan ini dengan jaringan 3 -1. Tahniah kepada Pasukan Pilihan SK Pulat!
Gambar 1 : "Warming Up" secara bersantai
Gambar 2 : Pasukan Pilihan SK Pulat bergambar sebelum perlawanan persahabatan
Gambar 3 : Aksi menarik penyerang Pasukan Pilihan SK Pulat
Gambar 4 : Pasukan Pilihan SK Kuala Betis berjaya menyerap asakan pasukan lawan.
Gambar 5 : Kedua-dua pasukan menikmati jamuan ringkas
yang disediakan oleh pihak pengurusan SK Kuala Betis
Warga Sekolah Kebangsaan Pulat ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan
Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di atas layanan mesra yang diberikan.
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT
Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.