Buat
pertama kalinya, SK Pulat telah menghantar peserta untuk menyertai Pertandingan
Bintang Kecil 2012 anjuran PPD Gua Musang pada 8 Mei 2012 di SMK Ciku 2. Siti Suwani bt Jali dan Susmira bt
Ahong menyertai pertandingan ini atas dasar untuk menimba pengalaman bukan sahaja
untuk diri mereka bahkan juga kepada para jurulatih dan pegawai pengiring. Pertandingan peringkat PPD Gua Musang ini dianggap
memiliki kelas tersendiri kerana turut sama melibatkan pelajar dari sekolah
kebangsaan lain. Sebagai pendatang baru
dan satu-satunya wakil dari sekolah murid orang asli, penyertaan kali ini tidak
membuahkan hasil. Hadiah yang paling
berharga sudah pastinya pengalaman yang dimiliki oleh bakat-bakat cilik Sk
Pulat.
Ustaz Luqman menemani Suwani dan Susmira sebelum
Pertandingan Bintang Kecil 2012
Pertandingan Bintang Kecil 2012
Misi untuk mengangkat nama SK Pulat diteruskan melalui
penyertaan Kumpulan Nasyid Sk Pulat di Pertandingan Nasyid anjuran PPD Gua
Musang di SMK Ciku 2 pada 24 Jun 2012. Penyertaan yang
bersifat ‘serampang dua mata” ini bertujuan member pengalaman berharga
kepada ahli Kumpulan Nasyid SK Pulat dan
pada masa yang sama menguji kemampuan sebenar
mereka untuk bertanding di dalam pertandingan yang terbuka sebegini. Hasilnya, Kumpulan Nasyid SK Pulat mendapat
tempat ke-4 dari 6 pasukan yang bertanding.
Para jurulatih yang terdiri daripada Ustaz Luqman dan En Nik Suhesam
dapat mengesan beberapa kelemahan ketara di dalam persembahan di pertandingan
ini. Ini akan membantu mempersiapkan
lagi Kumpulan Nasyid SK Pulat untuk menyertai Festival Nasyid Murid Sekolah Orang Asli peringkat negeri Kelantan di SK Kuala Betis
pada 9 hingga 11 Julai 2012
Kumpulan Nasyid SK Pulat resah menanti giliran..
Kumpulan Nasyid SK Pulat membuat persembahan diterajui oleh Rohayu bt Seli
Persembahan yang mantap namun masih perlu diperbaiki
Semasa para jurulatih sibuk mempersiapkan kumpulan nasyid,
satu kejutan diterima apabila Kumpulan Nasyid SK Pulat dijemput untuk membuat
persembahan di Majlis Anugerah dan Inovasi Jabatan Pelajaran Kelantan di
Perdana Beach Resort pada 8 Julai. Strategi
baru terpaksa dibentuk dan Kumpulan
Nasyid SK Pulat dijenamakan semula menjadi
“Voice of Sunnah”. Alhamdullilah,
berkat usaha para jurulatih yang bertungkus lumus membentuk semula Kumpulan “Voice
of Sunnah”, persembahan SK Pulat mendapat pujian dari tetamu yang hadir
termasuk Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sendiri.
Kemuncaknya, pada malam Festival Nasyid Murid Sekolah Orang
Asli di SK Kuala Betis, momentum yang sama berjaya menobatkan “Voice of Sunnah”
sebagai Juara buat kali kedua selepas kali terakhir memenanginya pada 2010. Pada malam yang sama juga,
Faizal b Sona, peserta tunggal dari SK Pulat yang menyertai Pertandingan
Bercerita telah mendapat tempat ke-3.
Bagai sirih pulang ke gagang, Piala Pusingan Festival Nasyid
kembali ke SK Pulat.
Kumpulan "Voice of Sunnah" , Juara Festival Nasyid Murid Sekolah Orang Asli Negeri
Kelantan bersama
Faizal B Sona, pemenang tempat ke-3 Pertandingan Bercerita serta seluruh jurulatih dan penyokong
Kelantan bersama
Faizal B Sona, pemenang tempat ke-3 Pertandingan Bercerita serta seluruh jurulatih dan penyokong
Kejohanan Sukan Murid Sekolah Orang Asli yang dianjurkan di SK Kuala Betis serentak dengan Festival Nasyid, juga memperlihatkan
beberapa kejayaan dan perubahan positif
di dalam atlit SK Pulat. Pasukan Bola
Baling Bola Baling yang dilatih oleh En
Fadzil dan diurus oleh En Ahmad Baidzawi telah mendapat tempat ketiga bagi
kategori lelaki dan tempat keempat bagi kategori perempuan. Atlet SK Pulat , Mohd Naim, yang dilatih oleh
En. Wan Hafizul telah mendapat tempat kedua di dalam lompat tinggi dan tempat ketiga di dalam lompat jauh . Manakala seorang lagi atlit, Aoun telah mendapat tempat ketiga di dalam
pertandingan lontar peluru.
Semua coret-coret kejayaan serta pengalaman pahit manis ini
adalah hasil usaha seluruh kakitangan SK Pulat di dalam memertabatkan nama
sekolah kita.
Tahniah dan teruskan usaha!
Tahniah dan teruskan usaha!
IF THEY CAN DO IT, WHY CAN'T WE?
0 comments :
Post a Comment