19:25
Pada 4 Mei 2011, Sekolah Kebangsaan Pulat telah berjaya melangsungkan Kejohanan Sukan Asrama Sekolah Kebangsaan Pulat Kali Ke 8. Program tahunan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dan pada masa yang sama meningkatkan minat pelajar terhadap sukan. Program ini telah dimulakan dengan larian merentas desa dan diikuti dengan program sukaneka. Program ini juga telah menarik minat perhatian penduduk Pos Pulat untuk turut sama menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. Program ini telah berjalan lancar dan majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En Mohamed Bin Zakaria tepat jam 11.30 pagi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuAuPWftId5lW7ntPNhSYfnsuG74szm0xJFJwZAzZdJ6H4Vm-8E7iBuZ_rMrHNJorlNIEvAOEyhyphenhyphen_6MbBSODadK86AndwYbtrkjqBDzkVxiENcjTkhyphenhyphen1JZS7WadsJ0hiE80pSt9TyoxVs/s320/sukan.jpg) |
Para pelajar memanaskan badan dahulu sebelum menyertai larian merentas desa |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiox8v3xcRN0FPtYaX_9QQm2NhNfmaEYSHzwFIJBaw6LFu_ho8kZPtQ5Za8xe8dv-wdFsAAePMdHEjLvpQvuwdzO4jMlRq2JBH-GB6jPrQq5PtIBPAMOf_Phk4_wnz5HJsCPiZNd79m274/s320/sukan+2.jpg) |
Para pelajar sedang 'memecut' di laluan acara merentas desa. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8rPyWVYbLy6t7t25ft8DxF2gXle2uPllfHLrISwaQCESnMWvppEJWXJae3bitBLnv-ZIzRjdEsiEai4ipnb9cTZUKsLK04vRChRXz6zHqlgNBhV0METKeQBStOonPjvxwa5dun0ns8Kg/s320/sukan+3.jpg) |
Pelajar berarak masuk untuk memberi lintas hormat kepada Tuan Guru Besar. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7GGxtrb4qmvRItyPWz89GemP4bDnY_QZPsyry_qkbyZbcN85kRqQK5WX9wTmajm2A5HMTPD-N4mZKX4VMarvjch-h9oO-dltkZiVfcyWa3UCETjbYJ-moL8F3yMDUSr_DVa0SHDcDZic/s320/skn+4.jpg) |
Para pelajar bermain dengan bersungguh-sungguh | |
|
|
|
| ![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQFPZRUuurtIpqeP33GwvCIaPlH_3LQajeC2RKrQxGnaRwU4o9S3RCtI-ptAcdjCIDf2MGO9li1z6YLkZBM3vcWeoVRKitub6EJ27FNtKIGBBUAr8-72LBOkfLdQlLk_gbtwG3sWgjtKY/s320/skn+6.jpg) |
| Penduduk Pos Pulat dan Staf SK Pulat berentap tenaga dalam acara tarik tali
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. |
|
|
|
|
|
| | | | |
|
|
|
|
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT
Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.
Salam..laman sesawang sekolah ini pastinya memberi satu informasi tanpa sempadan kepada sesiapa sahaja yang ingin mengenali SKP.
ReplyDeleteHappy to meet again. Not all teachers can be in this environment. I was at school from 2000 until 2002. It was an interesting experience and I will not forget.
Congratulations. Please send my regards to all teachers and villagers.
Cikgu Mazeri
Waalaikumusalam,
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu Mazeri, insyallah saya akan sampaikan salam cikgu kepada semua guru SKP dan orang kampung.
Terima kasih