Pos Pulat terletak 40 km dari Bandar Gua Musang Kelantan. Untuk sampai ke kawasan Pos Pulat, kami perlu mengharungi kawasan ladang kelapa sawit, kawasan hutan, serta kebun pisang. Perjalanan ini akan bertambah sukar semasa musim tengkujuh kerana jalan yang berselut. Selain itu, semasa musim kering pula kami terpaksa menempuh debu yang tebal dan berhadapan dengan lori-lori balak yang keluar masuk ke kawasan berhampiran Pos Pulat.
Siapakah yang menghuni Pos Pulat?
Pos Pulat dihuni oleh masyarat keturunan Asli dari suku kaum Temiar. Orang Temiar merupakan sub-etnik dari kumpulan Senoi. Masyarakat Asli di Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan etnik yang besar iaitu Negrito, Senoi dan Proto-Malay dan terdapat hampir 18 sub-etnik di bawah 3 kumpulan besar ini. Masyarakat Temiar merupakan populasi terbesar di bawah kumpulan Senoi iaitu mencecah 17,000 orang.
SK Pulat Satu Ketika Dahulu
(gambar sumbangan dari En. Zainal Abidin Sulaiman )
Padang ini kini menjadi tapak bangunan asrama kini.
Perhimpunan mingguan pada satu ketika dulu.
Sekolah Kebangsaan Pulat satu ketika dahulu
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT HARI INI
Persekitaran sekolah yang menghijau
Pemandangan sekolah berlatarbelakangkan Sungai Nenggiri
Sekolah dalam Taman
Perjalanan Ke Pulat : Pengalaman Kami
Menolak motorsikal yang tidak terdaya lagi melawan
selut adalah rutin biasa bagi kami
"Mendaki bukit lumpur" sambil menolak motorsikal
Kami terpaksa berehat seketika melepaskan penat sebelum
meneruskan perjalanan yang penuh cabaran
Pengalaman bertembung dengan lori balak adalah perkara biasa
Kemahiran membaiki sendiri motorsikal adalah ilmu yang perlu kami miliki dalam
menempuhi perjalanan ke Pos Pulat
Selut dan lumpur setebal 1 hingga 2 kaki adalah "musuh"
yang sentiasa menguji semangat kami
Kemahiran pemanduan yang betul diperlukan bagi mengharungi perjalanan ke Pos Pulat
Video Pulat : Secebis Langkah Ke SK Pulat
Video Pulat : Secebis Langkah Ke SK Pulat