18300 GUA MUSANG, KELANTAN

Pemandangan Pintu Utama Hadapan Sekolah

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat

Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat

Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat

Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat

Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Sunday, 5 August 2012

Mengubah destini anak Orang Asli ke UiTM

Sumber : UTUSAN ONLINE
(http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_03.htm)
Mengubah destini anak Orang Asli ke UiTM

PROGRAM Mengubah Destini Anak Bangsa merupakan misi dan matlamat Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu. anak-anak Orang Asli dan bumiputera luar bandar, juga di bandar.Bagi melaksanakan misi meningkatkan peranan UiTM untuk memartabatkan bangsa Melayu, memberi pendidikan kepada anak-anak Melayu dan bumiputera itu baru-baru ini seramai seramai 52 mahasiswa Fakulti Pendidikan menganjurkan Program Khidmat Masyarakat (OPKIM) Jelajah Orang Asli di Ulu Kemensah baru-baru ini.
Program anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pendidikan (SMFP) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PMFP) adalah bagi menyahut seruan Naib Canselor Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, untuk sama-sama mengubah nasib orang asli yang hidup pada paras kemiskinan.
Pengarah Projek, Farah Nadzirah Khairuddin, program yang dinamakan Program Mengubah Destini Anak Bangsa tersebut bertujuan memberi peluang kepada anak-anak orang asli melanjutkan pengajian dari peringkat pra-diploma hinggalah ke peringkat ijazah lanjutan.
"Anak-anak orang asli yang ditawarkan peluang melanjutkan pengajian dari peringkat pra-diploma hinggalah ke peringkat ijazah lanjutan akan diberi pelbagai keistimewaan seperti pengecualian bayaran yuran dan kemudahan kolej kediaman percuma.
"Program OPKIM selama tiga hari ini merupakan suatu rancangan projek jangka panjang melibatkan beberapa fasa program dalam usaha membawa transformasi kehidupan masyarakat Orang Asli,"katanya.
Farah Nadzirah berkata, bagi program fasa pertama ini, ia diterapkan dengan tiga elemen penting iaitu pendidikan, kebudayaan dan sosial.Jelasnya, melalui program ini warga Fakulti Pendidikan dapat mendekati dan membantu masyarakat Orang Asli Ulu Kemensah yang agak terpinggir dari sudut pendidikan dan ekonomi masyarakat setempat.
"Oleh itu, kami menerangkan kepada masyarakat Orang Asli tersebut tentang objektif program untuk memberi pendidikan asas dan kesedaran tentang kepentingan pelajaran demi mengubah nasib mereka.
"Bagi memberi impak kepada program ini, para peserta seramai 52 orang itu menjadi ahli keluarga masyarakat di situ melalui konsep 'keluarga angkat' di mana mereka dibahagikan kepada 17 buah keluarga orang Asli yang menetap di situ,"ujarnya.
Katanya lagi, Tok Batin Kampung Orang Asli tersebut yang mesra dipanggil Ibak menjelaskan masyarakat Orang Asli di sini agak pemalu untuk berinteraksi dengan masyarakat luar namun kedatangan rombongan dari UiTM mendapat sambutan penyertaan yang menggalakkan.
Lebih menarik apabila masyarakat Orang Asli tersebut mempersembahkan tarian Semah yang menjadi tradisi dan kebanggaan penduduk Orang Asli di sana.
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan lain juga turut berlangsung di kampung tersebut seperti gotong-royong perdana, pertandingan mewarna, sukan rakyat dan sesi 'grooming'.

TPM : Tujuh Inisiatif Transformasi Pendidikan Orang Asli

Sumber : KL POS
(http://www.klpos.com/umum/5070-tpm-tujuh-inisiatif-transformasi-pendidikan-orang-asli)

TPM : Tujuh Inisiatif Transformasi Pendidikan Orang Asli

KUALA LIPIS, 21 Jun 2012 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan telah merancang satu anjakan paradigma di bawah program Pendidikan Transformasi Orang Asli melalui tujuh inisiatif bagi meningkatkan prestasi pendidikan kaum pribumi ini.

Menteri Pendidikan berkata inisiatif pertama adalah untuk mengukuhkan pentadbiran di sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan peringkat kementerian.

"Kualiti kepimpinan dan pengurusan di semua peringkat akan dipertingkatkan supaya isu-isu dan masalah orang asli kanak-kanak diselesaikan dengan cepat," katanya ketika melancarkan program Transformasi Pendidikan Orang Asli Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Betau di sini, Khamis.

Inisiatif kedua ialah untuk meletakkan unsur asas pendidikan vokasional di sekolah menengah rendah manakala yang ketiga adalah untuk mengurangkan 30 kadar keciciran pelajar orang asli dengan 6 peratus setahun.

"Keadaan ini amat mencemaskan dan menjejaskan negara jika tindakan drastik tidak diambil. Saya berharap dalam tempoh lima tahun, kadar keciciran di kalangan pelajar orang asli boleh dikurangkan atau dihapuskan bagi memastikan mereka sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia."

Inisiatif keempat adalah pengambilan pelajar untuk Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Program Khas di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.

Muhyiddin berkata program ini dilakukan bagi meningkatkan bilangan orang Asli guru dan membetulkan ketidakseimbangan guru-guru mengikut kaum.

Kerajaan juga merancang untuk mewujudkan jawatan pembantu pengurusan pelajar di kalangan orang asli untuk membantu guru dalam penyediaan makanan, penjagaan diri dan kebersihan.

"Inisiatif kelima adalah untuk meningkatkan infrastruktur pendidikan untuk orang asli. Kerajaan telah bersetuju untuk menambah 4 Sekolah Model Khas Komprehensif K9."

Beliau berkata model K9 adalah kombinasi pendidikan peringkat rendah dan pendidikan menengah sehingga Tingkatan 3 yang datang lengkap dengan kemudahan asrama.

Inisiatif keenam adalah untuk mengukuhkan kerjasama dengan rakan strategik manakala yang ketujuh adalah untuk mewujudkan satu sistem prestasi pengesanan untuk sekolah-sekolah dan pelajar orang asli.

 

Friday, 3 August 2012

2012 : Tahun Kebangkitan Ko Kurikulum SK Pulat!

Amanat yang diberikan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohamed B Zakaria semasa  Mesyuarat Pengurusan Sekolah yang pertama di Chalet Mawar, Tanah Merah menjadi inspirasi kepada pengurusan ko kurikulum tahun 2012. Perancangan demi perancangan dilaksanakan oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum, En. Mohd Fishah dengan dibantu oleh Setiausaha Ko Kurikulum, En. Anwar serta Setiausaha Sukan, En. Wan Hafizul serta semua guru dan staf sokongan sekolah, banyak warna-warni coretan yang terhasil sepanjang tahun 2012.  
 Buat pertama kalinya, SK Pulat telah menghantar peserta untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil 2012 anjuran PPD Gua Musang pada 8 Mei 2012 di SMK Ciku 2. Siti Suwani bt Jali dan Susmira bt Ahong menyertai pertandingan ini atas dasar untuk menimba pengalaman bukan sahaja untuk diri mereka bahkan juga kepada para jurulatih dan pegawai pengiring.  Pertandingan peringkat PPD Gua Musang ini dianggap memiliki kelas tersendiri kerana turut sama melibatkan pelajar dari sekolah kebangsaan lain.  Sebagai pendatang baru dan satu-satunya wakil dari sekolah murid orang asli, penyertaan kali ini tidak membuahkan hasil.  Hadiah yang paling berharga sudah pastinya pengalaman yang dimiliki oleh bakat-bakat cilik Sk Pulat. 

 Ustaz Luqman menemani Suwani dan Susmira sebelum
Pertandingan Bintang Kecil 2012


Misi untuk mengangkat nama SK Pulat diteruskan melalui penyertaan Kumpulan Nasyid Sk Pulat di Pertandingan Nasyid anjuran PPD Gua Musang di SMK Ciku 2 pada  24 Jun 2012. Penyertaan yang bersifat ‘serampang dua mata” ini bertujuan member pengalaman berharga kepada  ahli Kumpulan Nasyid SK Pulat dan pada masa yang sama menguji kemampuan sebenar  mereka untuk bertanding di dalam pertandingan yang terbuka sebegini.  Hasilnya, Kumpulan Nasyid SK Pulat mendapat tempat ke-4 dari 6 pasukan yang bertanding.  Para jurulatih yang terdiri daripada Ustaz Luqman dan En Nik Suhesam dapat mengesan beberapa kelemahan ketara di dalam persembahan di pertandingan ini.  Ini akan membantu mempersiapkan lagi  Kumpulan Nasyid SK Pulat untuk  menyertai Festival Nasyid  Murid Sekolah Orang Asli  peringkat negeri Kelantan di SK Kuala Betis pada 9 hingga 11 Julai 2012



Kumpulan Nasyid SK Pulat resah menanti giliran..

 Kumpulan Nasyid SK Pulat membuat persembahan diterajui oleh Rohayu bt Seli


Persembahan yang mantap namun masih perlu diperbaiki



Semasa para jurulatih sibuk mempersiapkan kumpulan nasyid, satu kejutan diterima apabila Kumpulan Nasyid SK Pulat dijemput untuk membuat persembahan di Majlis Anugerah dan Inovasi Jabatan Pelajaran Kelantan di Perdana Beach Resort pada 8 Julai.  Strategi baru terpaksa  dibentuk dan Kumpulan Nasyid SK Pulat dijenamakan semula menjadi  “Voice of Sunnah”.  Alhamdullilah, berkat usaha para jurulatih yang bertungkus lumus membentuk semula Kumpulan “Voice of Sunnah”, persembahan SK Pulat mendapat pujian dari tetamu yang hadir termasuk Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sendiri.   

Kumpulan "Voice of Sunnah sebelum persembahan di Perdana Beach Resort, PCB



Kemuncaknya,  pada malam Festival Nasyid Murid Sekolah Orang Asli di SK Kuala Betis, momentum yang sama berjaya menobatkan “Voice of Sunnah” sebagai  Juara  buat kali kedua selepas kali terakhir memenanginya pada 2010. Pada malam yang sama juga, Faizal b Sona, peserta tunggal dari SK Pulat yang menyertai Pertandingan Bercerita telah mendapat tempat ke-3. 

       Bagai sirih pulang ke gagang, Piala Pusingan Festival Nasyid 
kembali ke SK Pulat.

 Kumpulan "Voice of Sunnah" , Juara Festival Nasyid Murid Sekolah Orang Asli Negeri
Kelantan bersama
Faizal B Sona, pemenang tempat ke-3 Pertandingan Bercerita serta seluruh jurulatih dan penyokong

Kejohanan Sukan Murid Sekolah Orang Asli  yang dianjurkan  di SK Kuala Betis serentak dengan  Festival Nasyid, juga memperlihatkan beberapa  kejayaan dan perubahan positif di dalam atlit SK Pulat.  Pasukan Bola Baling Bola Baling  yang dilatih oleh En Fadzil dan diurus oleh En Ahmad Baidzawi telah mendapat tempat ketiga bagi kategori lelaki dan tempat keempat bagi kategori perempuan.  Atlet SK Pulat , Mohd Naim, yang dilatih oleh En. Wan Hafizul telah mendapat tempat kedua di dalam lompat tinggi  dan tempat ketiga di dalam lompat jauh .  Manakala seorang lagi atlit, Aoun  telah mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan lontar peluru. 

Semua coret-coret kejayaan serta pengalaman pahit manis ini adalah hasil usaha seluruh kakitangan SK Pulat di dalam memertabatkan nama sekolah kita. 
Tahniah dan teruskan usaha!

IF THEY CAN DO IT, WHY CAN'T WE? 

Wednesday, 1 August 2012

KEJOHANAN BOLA BALING "3 0N 3" SK PULAT

Selaras dengan keputusan Tuan Guru Besar untuk menjadikan sukan bola baling sebagai sukan utama SK Pulat, Unit Ko-Kurikulum yang diketuai oleh Penolong Kanan Ko Kurikulum, En. Mohd Fishah telah mengadakan Kejohanan Bola Baling "3 on 3" pada 18 April 2012. Program ini dirangka bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru yang akan diserapkan di dalam pasukan bola baling sekolah. Program yang berkonsepkan pertandingan antara rumah sukan ini juga akan memberikan mata kepada rumah sukan yang diwakili dan dibawa ke program sukan tahunan sekolah. Pasukan bola baling lelaki Rumah Kuning dan pasukan bola baling perempuan Rumah Biru masing-masing muncul sebagai juara kejohanan kali ini. Naib juara bagi kategori lelaki pula disandang oleh Rumah Biru manakala naib juara bagi kategori perempuan pula dimenangi Rumah Kuning. Rumah Hijau terpaksa berputih mata tidak membawa pulang sebarang mata. Semoga penganjuran edisi sulung ini dapat meningkatkan lagi minat pelajar SK Pulat  terhadap sukan bola baling.


 Gambar 1: Pasukan kuning melakukan serangan

 Gambar 2 : Cikgu Fadzil bertungkus lumus menunjukkan demonstrasi pergerakan sukan bola baling

Gambar 3 : Pelajar seronok menyerang pasukan lawan

Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Pulat

Hari Guru merupakan sambutan wajib bagi meraikan sumbangan para guru terhadap bangsa, agama dan negara. Sesungguhnya tanpa guru atau lebih mesra dikenali dengan cikgu, tidak akan lahir golongan pemikir yang akan mengubah hala tuju satu negara.  Sebagai  cikgu yang bertugas di pedalaman, guru-guru SK Pulat ternyata memiliki kecekalan hati yang luar biasa yang membolehkan mereka bertugas jauh dari keluarga dan kesenangan.  Semoga jasa baik mereka Allah sahaja mampu balas. Sekolah Kebangsaan Pulat telah mengadakan sambutan Hari Guru  pada 16 Mei 2012. Sambutan kali ini diadakan di Dewan Sri Pulat telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohamed b Zakaria. Pelbagai aktiviti telah diadakan yang melibatkan bukan sahaja para guru, malahan juga pelajar dan staf sokongan yang lain. Hubungan kekeluargaan yang akrab ini merupakan satu ciri yang unik yang dimiliki oleh warga SK Pulat.  Sambutan Hari Guru ini diharap menjadi pembangkit semangat seluruh warga SK Pulat untuk terus meningkatkan produktiviti mereka. 


En Fishah menjadi pengerusi majlis sambutan hari guru


 Pelajar tekun mendengar amanat para guru

Tuan Guru Besar menyampaikan amanat beliau


Wakil pelajar, Siti Suwani  menyampaikan ucapan beliau
Warga SK Pulat beraksi dengan penuh keseronokan
Pelajar turut bermain permainan "Music Chair"
Pasukan bola Tuan Guru Besar bersiap sedia

 Para guru menunjukkan bakat di dalam permainan ping pong


 Pandangan tajam En Rahmat membidik sasaran



 Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah

Tuesday, 31 July 2012

SUMBANGAN UNTUK SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT

Alhamdullilah, Sekolah Kebangsaan Pulat telah pun memiliki sebuah surau yang baru yang siap diubahsuai awal tahun ini. Walaubagaimanapun, selepas siap proses pengubahsuaian, surau kami masih lagi di dalam keadaan yang  serba  kekurangan terutamanya dari segi kemudahan peralatan elektrik dan saiznya juga sempit untuk memenuhi keperluan 80 orang warga SK Pulat. Hasil inisiatif kami sendiri, satu derma kilat telah dilancarkan dan telah mendapat maklum balas positif dari sekumpulan kecil penderma yang berbesar hati menyumbang ke tabung surau. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma-penderma yang sudi menyumbang untuk pembangunan Surau SK Pulat. Namun, kami masih lagi memerlukan sumbangan anda.

Gambar 1 : Keadaan luar surau

 Gambar 2 : Tempat mengambil wudu' yang ringkas

Gambar 3 : Ruang solat yang sempit

Gambar 4 : Ruang Solat yang sempit.

"HANYA ALLAH MAMPU MEMBALAS JASA BAIK ANDA"

UNTUK MENYUMBANG SILA HUBUNGI
GURU BESAR, EN MOHAMED B ZAKARIA
( 0179613213)
USTAZ MOKHTAR B HUSSIN
(0129226303)
CIKGU ANWAR HUSSAIN BIN SHAIK MOHAMED
(012-5419748)
skpulat@yahoo.com.my



Sunday, 20 May 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012


Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Pulat merupakan satu acara tahunan yang diadakan bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad SAW. Program yang bersifat ‘community based’ ini merupakan antara acara yang diraikan secara sederhana pada setiap tahun sebagai memenuhi hasrat dan aspirasi pihak pentadbiran sekolah yang ingin melihat wujudkan hubungan yang rapat di antara penduduk Pos Pulat, pelajar dan staf Sekolah Kebangsaan Pulat. Program pada tahun ini telah diadakan pada 9 Februari 2012 bertempat di Dewan SK Pulat dan bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"

Gambar 1 : Para peserta tidak sabar untuk memulakan perarakan Maulud Rasul

Gambar 2 : Para peserta memulakan perarakan.


Gambar 3 : Cikgu Musadik sedang bertungkus lumus menyediakan makanan untuk majlis

Gambar 4 : Tuan Guru Besar , En Mohamed B Zakaria menyampaikan ucaptama merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru



Gambar 5 : Penceramah jemputan, En . Arifin yang merupakan Penolong Kanan HEM menyampaikan ilmu




Gambar 6 :  Selawat ke atas Rasul dilaungkan bagi membangkitkan rasa cinta kepada Muhamad SAW.




Sunday, 26 February 2012

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG UPSR 2011

Pada 5 Januari 2012, pihak pentadbiran sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang UPSR 2011 bagi meraikan kejayaan Shilpa bt Moktar, pelajar Tahun 6 yang lulus di dalam peperiksaan UPSR. Program penghargaan ini bertujuan menghargai kejaayan adik Shilpa dan pada masa yang sama memotivasikan para ibu bapa dan semua pelajar untuk terus berjaya

Gambar 1 : Para ibu bapa memenuhi Dewan SK Pulat bagi meraikan adik Shilpa

Gambar 2 : Ibu Bapa Shila, En Moktar dan isteri turut diraikan




Gambar 3 : Hadiah penghargaan kepada adik Shilpa dan kedua ibu dan ayahnya



 Gambar 4 : Tuan Guru Besar menyampaikan amanat beliau.


Gambar 5 : PK Pentadbiran En Ahmad Musadik memberi sesi motivasi
Gambar 6 : Tuan Guru Besar menyampai hadiah sebuah basikal kepada adik Shilpa

Gambar 7 : Tuan Guru Besar menyampaikan persalinan kepada En Moktar, ayah kepada Shilpa


Gambar 8 : Warga sekolah bergambar dengan adik Shilpa sekeluarga sebagai tanda kenang-kenangan.

KAMI MENGUCAPKAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ADIK SHILPA

FIKIRKAN BOLEH!!



Saturday, 4 February 2012

SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2012

Selamat Datang Tahun Baru 2012. Semoga tahun baru ini memberi satu lagi pelaung buat semua kakitangan Sekolah Kebangsaan Pulat untuk terus mengejar kejayaan!


SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT

Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.