18300 GUA MUSANG, KELANTAN

Pemandangan Pintu Utama Hadapan Sekolah

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat

Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat

Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat

Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat

Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Monday, 16 May 2011

Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat ( Terkini dari Utusan Malaysia Online)

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.
Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.
"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.
"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan
(http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm)

Friday, 13 May 2011

Majlis Jasamu Dikenang

"Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan"
Sekolah Kebangsaan Pulat telah menjadi medan perjuangan kepada 5 orang kakitangan yang begitu berdedikasi dalam membangunkan potensi pelajar Asli. Cikgu Razali Bin Ab Rahman, Ustaz Marwanul Hakim Bin Mansor  dan Cikgu Muhamad Zailani Bin Mat Seman telah mengakhiri perjuangan mereka di sini apabila ditukarkan ke sekolah baru. Cikgu Razali telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Bihai sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, manakala Ustaz Marwan  dan Cikgu Zailani masing-masing ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Merbau dan Sekolah Kebangsaan Bayu Lalang.  Selain itu, Pembantu Pengurusan Murid, En. Shahriman Bin Sheh Ahmad, juga telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Baru. Sekolah Kebangsaan Pulat juga kehilangan staf kantin yang disayangi iaitu Mili kerana bertukar tempat bekerja. Jadi sebagai menghargai jasa kakitangan sekolah yang bertukar ini, pihak pentadbiran telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang pada 3 Mei 2011 bertempat di Dewan Makan Sekolah Kebangsaan Pulat. Program yang berkonsepkan majlis makan malam ini turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid sekolah. Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Pulat mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada  kakitangan yang telah bertukar ini atas jasa dan sumbangan mereka membangunkan anak-anak asli di sini.

Para kakikatangan SKP ceria menikmati santapan malam 
bersama tetamu yang dirai.

Ustaz Marwan menceritakan pengalamannya di sekolah baru

En Shahriman meluahkan perasaannya 
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Pulat

 Tuan Guru Besar menyampai hadiah kenangan kepada Cikgu Li.

Ustaz Marwan mengukir senyuman manis ketika menerima hadiah penghargaan dari 
Tuan Guru Besar

En. Shahriman berbesar hati menerima hadiah penghargaan dari Tuan Guru Besar

En Mili puas menerima sumbangan dari Tuan Guru Besar.

SELURUH WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT INGIN MENGUCAPKAN.....



Tuesday, 10 May 2011

Kejohanan Sukan Asrama Sekolah Kebangsaan Pulat Kali Ke 8

Pada 4 Mei 2011, Sekolah Kebangsaan Pulat telah berjaya melangsungkan Kejohanan Sukan Asrama Sekolah Kebangsaan Pulat Kali Ke 8. Program tahunan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dan pada masa yang sama meningkatkan minat pelajar terhadap sukan. Program ini telah dimulakan dengan larian merentas desa dan diikuti dengan program sukaneka. Program ini juga telah menarik minat perhatian penduduk Pos Pulat untuk turut sama menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. Program ini telah berjalan lancar dan majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En Mohamed Bin Zakaria tepat jam 11.30 pagi.

Para pelajar memanaskan badan dahulu sebelum menyertai larian merentas desa


Para pelajar sedang 'memecut' di laluan acara merentas desa.


Pelajar berarak masuk untuk memberi lintas hormat kepada Tuan Guru Besar.
Para pelajar bermain dengan bersungguh-sungguh 


 Penduduk Pos Pulat dan Staf SK Pulat berentap tenaga dalam acara tarik tali


 
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.







 
    
 



Asalamualaikom dan Selamat Datang

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Pulat.

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT

Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.