"Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan"
Sekolah Kebangsaan Pulat telah menjadi medan perjuangan kepada 5 orang kakitangan yang begitu berdedikasi dalam membangunkan potensi pelajar Asli. Cikgu Razali Bin Ab Rahman, Ustaz Marwanul Hakim Bin Mansor dan Cikgu Muhamad Zailani Bin Mat Seman telah mengakhiri perjuangan mereka di sini apabila ditukarkan ke sekolah baru. Cikgu Razali telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Bihai sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, manakala Ustaz Marwan dan Cikgu Zailani masing-masing ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Merbau dan Sekolah Kebangsaan Bayu Lalang. Selain itu, Pembantu Pengurusan Murid, En. Shahriman Bin Sheh Ahmad, juga telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Baru. Sekolah Kebangsaan Pulat juga kehilangan staf kantin yang disayangi iaitu Mili kerana bertukar tempat bekerja. Jadi sebagai menghargai jasa kakitangan sekolah yang bertukar ini, pihak pentadbiran telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang pada 3 Mei 2011 bertempat di Dewan Makan Sekolah Kebangsaan Pulat. Program yang berkonsepkan majlis makan malam ini turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid sekolah. Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Pulat mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kakitangan yang telah bertukar ini atas jasa dan sumbangan mereka membangunkan anak-anak asli di sini.
Para kakikatangan SKP ceria menikmati santapan malam
bersama tetamu yang dirai.
Ustaz Marwan menceritakan pengalamannya di sekolah baru
En Shahriman meluahkan perasaannya
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Pulat
Tuan Guru Besar menyampai hadiah kenangan kepada Cikgu Li.
Ustaz Marwan mengukir senyuman manis ketika menerima hadiah penghargaan dari
Tuan Guru Besar
En. Shahriman berbesar hati menerima hadiah penghargaan dari Tuan Guru Besar
En Mili puas menerima sumbangan dari Tuan Guru Besar.
SELURUH WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT INGIN MENGUCAPKAN.....
Salam..apa perkembagan terbaru SKP?
ReplyDeleteCikgu Mazeri
Asalamualaikom, perkembangan SKP dari segi pencapaian akademik ada naik turunnya. Walaubagaimanapun, pada tahun lepas, pencapaian UPSR agak merosot di mana tiada pelajar yang lulus. Jadi tahun ini, pihak guru bertungkus lumus mengadakan pelbagai program untuk memastikan pencapaian SKP kembali ke tahap yang membanggakan. Dari segi pencapaian ko kurikulum, SKP memiliki pasukan nasyid sebagai program khas ko kurikulum. Pasukan ini terkenal kerana memenangi pertangingan nasyid antara sekolah asli pada tahun lepas. Selain itu, pasukan ini juga sering mendapat jemputan ke program luar untuk membuat persembahan. Dari segi infrastruktur,SKP bakal memiliki penjana kuasa elektrik dari sel solar yang lebih besar yang sedang dibina berhampiran dengan sekolah.
ReplyDeleteooo..satu pencapaian yang bagus. Cikgu guna internet di sekolah? Kalau tidak keberatan mungkin suatu masa kita boleh berhubung melalui video conference melalui skype, YM @ fbook dan boleh ditunjukkan kepada murid-murid di sana.
ReplyDeletethanks for the great info to me..mazeri