18300 GUA MUSANG, KELANTAN

Wednesday, 15 June 2011

Mesyuarat Agung PIBG (3) 2011 & Agihan Wang KWAMP 2011

Sekolah Kebangsaan Pulat telah mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang ke 3 bagi tahun 2011. Program ini diadakan pada Khamis, 26 Mei 2011 bertempat di Dewan Sri Pulat,  bertujuan untuk memilih  Jawatankuasa PIBG yang baru bagi sesi 2011 - 2013. Program ini juga diadakan  serentak dengan Majlis Agihan Wang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) sesi pertama 2011. Hasil dari mesyuarat PIBG ini, jawatankuasa baru telah dibentuk. Diharap jawatankuasa baru ini mampu menunjukkan prestasi kerja yang membanggakan sekaligus menaikkan nama Sekolah Kebangsaan Pulat. Jawatankuasa PIBG yang baru ialah :

Penasihat                            : En. Mohamed Bin Zakaria (Tuan Guru Besar)
Yang DiPertua                    : En Mokhtar Bin Jelid
Timbalan Yang DiPertua     : En Majid Bin Busu
Setiausaha                          : En. Anwar Hussain Bin Shaik Mohamed  (Guru)
Bendahari                           : En. Mokhtar Bin Hussin (Guru)
AJK                                   :  En Muhamad Fadzil Bin Muhamad Fauzi (Guru)
                                            En. Zakaria Bin Jusof  ( Kg. Siluman)
                                            En.  Liman Bin Ahong  ( Kg. Baru)
                                            En.  Kamal Bin Angah ( Kg. Jambal)
                                            En. Roslan bin Angah  (Kg. Gagek)
                                            En. Angah Bin Saleh ( Kg. Pulat)


Gambar 1 : Pendaftaran untuk Majlis PIBG dan KWAMP

Gambar 2 :  Para Ibu bapa memenuhi Dewan Sri Pulat

Gambar 3 : En Angah bin Jelid dilantik sebagai pengerusi sementara Majlis PIBG

Gambar 4 : Pemilihan AJK PIBG SK Pulat ynag baru sedang diadakan

Gambar 5 : Pihak Ibu bapa memberi cadangan untuk dipertimbangkan oleh AJK PIBG yang baru

Gambar 6 : Tuan Guru Besar menyampaikan wang KWAMP kepada ibu bapa/penjaga yang layak.

 Gambar 7 : En Mohd Faizol bertanggungjawab mengacarakn majlis.

3 comments :

  1. I had left school 10 years ago. Many changes have occurred. School management has stabilized and I can see the progress. I pray for this school will continue to move forward. Congratulations!

    Cikgu Mazeri

    ReplyDelete
  2. Dear Cikgu Mazeri,
    Thank you for your support. Insyallah, SK Pulat will continue to progress. Thanks a lot for your contribution.
    "Biar Jasa Jadi Kenangan"

    ReplyDelete
  3. I am happy to heard that. When I was in school, not much I can do. Sometimes I do not remember the environment at the school. But I can still imagine that. What a wonderful place. Everything has changed. I believe, SKP have teachers who are committed to developing the Aboriginal community in Pulat. Continue your efforts and I will always support you guys.

    Yie

    ReplyDelete

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT

Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.