18300 GUA MUSANG, KELANTAN

Pemandangan Pintu Utama Hadapan Sekolah

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat

Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat

Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat

Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat

Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Saturday, 8 October 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Pulat 2011

"Ukhwah dibina, Islah diperkasa"
Sekolah Kebangsaan Pulat telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 21 September 2011 yang lalu. Sambutan kali ini bertemakan "Ukhwah dibina, Islah diperkasa" mendapat tajaan sepenuhnya dari Zizie Sdn. Bhd , pengusaha kantin sekolah. Majlis ini disertai oleh bukan sahaja para pelajar dan staf sekolah , malahan juga penduduk kampung.

~Pictures tell thousands stories~

Gambar 1 : Cikgu Fadzil , En Haslizan dan Kak Mah menunjukkan kepakaran
masing-masing dalam mempersiapkan lemang

Gambar 2 : Para 'petugas lemang' bekerja keras untuk
menyalakan api

Gambar 3 : YDP PIBG, En. Mokhtar turut turun padang membantu
untuk menyiapkan lemang

Gambar 4 : Penolong Kanan Pentadbiran, En Ahmad Musadik
turut membantu persiapan sambutan Hari Raya.

Gambar 5 : Para guru dan staf bergotong-royong membantu mempersiapkan
juadah sambutan raya

Gambar 6 : Pelbagai hidangan yang memikat selera



Iftar Jamie' 2011


Hadis riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, yang maknanya:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”.
Tanggal  23 Ogos 2011, Allah S.W.T telah mengizinkan para staf dan pelajar Sekolah Kebangsaan Pulat, mengadakan Majlis Iftar Jamie 2011. Majlis berbuka puasa berjemaah ini bertujuan untuk mengerat hubungan di antara pelajar, guru dan staf SK Pulat serta meraikan para pelajar yang telah berpuasa selama 23 hari. Semoga Allah menerima ibadah puasa kita, Insyallah.

Gambar 1 : Para pelajar SK Pulat bersabar menanti waktu berbuka puasa

Gambar 2 : Penyelia Asrama , En Sani mengedarkan aiskrim  kepada semua pelajar

Gambar 3 : Wakil Zizie Sdn Bhd, Kak Lah turut sama membantu menyediakan
hidangan berbuka sambil diperhatikan oleh Puan Maryam dan Cikgu Aziz

Gambar 4 : Para guru dan staf SK Pulat bersama menanti saat berbuka puasa

Gambar 5 : Ustaz Luqman, Cikgu Wan dan Cikgu Faizol menikmati hidangan berbuka

KAMI WARGA SK PULAT INGIN MENGUCAPKAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT

Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.