18300 GUA MUSANG, KELANTAN

Saturday, 8 October 2011

Iftar Jamie' 2011


Hadis riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, yang maknanya:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”.
Tanggal  23 Ogos 2011, Allah S.W.T telah mengizinkan para staf dan pelajar Sekolah Kebangsaan Pulat, mengadakan Majlis Iftar Jamie 2011. Majlis berbuka puasa berjemaah ini bertujuan untuk mengerat hubungan di antara pelajar, guru dan staf SK Pulat serta meraikan para pelajar yang telah berpuasa selama 23 hari. Semoga Allah menerima ibadah puasa kita, Insyallah.

Gambar 1 : Para pelajar SK Pulat bersabar menanti waktu berbuka puasa

Gambar 2 : Penyelia Asrama , En Sani mengedarkan aiskrim  kepada semua pelajar

Gambar 3 : Wakil Zizie Sdn Bhd, Kak Lah turut sama membantu menyediakan
hidangan berbuka sambil diperhatikan oleh Puan Maryam dan Cikgu Aziz

Gambar 4 : Para guru dan staf SK Pulat bersama menanti saat berbuka puasa

Gambar 5 : Ustaz Luqman, Cikgu Wan dan Cikgu Faizol menikmati hidangan berbuka

KAMI WARGA SK PULAT INGIN MENGUCAPKAN

1 comments :

  1. usaha yang cukup membanggakan..cikgu mazeri, sk pulat 2000-2002

    ReplyDelete

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT

Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.