7 Februari 2013 adalah tarikh yang sangat bermakna kepada
seluruh ke warga SK Pulat kerana telah berlangsung 2 majlis yang sangat
istimewa iaitu Majlis Sambutan Maulidur 1434 Hijriah berserta Majlis Anugerah Cemerlang
2012.
Cinta itu adalah dari Allah S.W.T dan sebaik-sebaik cinta
ialah mencintai Allah dan Rasul-Nya, Nabi Muhamad SAW. Objektif utama Majlis
Sambutan Maulidur Rasul ini ialah bagi mengingati lahirnya seorang insan yang
mulia yang telah mengubah sejarah peradaban dunia. Baginda ialah Nabi Muhamad S.A.W.
Program tahunan ini adalah bagi membangkitkan rasa cinta akan Nabi Muhamad
S.A.W.
Sambutan telah dimulakan dengan perarakan dari kawasan
sekolah ke kawasan Kg Pulat dan kembali ke Dewan Sk Pulat. Majlis seterusnya diserikan
dengan penyampaian kuliah oleh Ustaz Hasbi Nasim. Kuliah yang begitu menarik dari beliau ternyata menarik minat anak-anak SK Pulat.
Program diteruskan lagi dengan Majlis Anugerah Cemerlang
2012. Majlis ini diadakan bagi meraikan 3 orang bekas pelajar Tahun 6 SK Pulat
yang lulus 100% di dalam UPSR 2012. Mereka ialah Faisal B Sona, Siti Suwani Bt. Jali dan
Rohayu Bt Seli. Selain itu pelajar tahun 4 yang telah menjadi pelajar kategori
‘Arus Perdana’ bagi program LINUS 2012 juga diraikan di dalam majlis yang sama.
Semoga dengan kejayaan mereka ini akan
menjadi sumber motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Ustaz Moktar sedang menguruskan pelajar berkumpul di depan bangunan sekolah
Ustaz Loqman bersama guru-guru lain bersiap sedia untuk perarakan Maulidur Rasul
Cikgu Fishah tekun melaungkan selawat memuji Baginda Nabi Muhamad SAW
Ustaz Hasbi Nasim menyampaikan ilmu kepada para pelajar
Pelajar SK Pulat tekun mendengar kuliah dari Ustaz Nasim
3 orang pelajar cemerlang UPSR 2012
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pelajar tahun 4 yang menjadi pelajar 'arus perdana' program LINUS 2012
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Faisal b Sona sambil diperhatikan oleh kedua ibu bapanya
Siti Suwani menerima hadiah penghargaan dari Guru Besar
Rohayu pula menerima hadiah penghargaan dari Guru Besar.
"IMPIKAN UNTUK MENCAPAI BINTANG YANG TERTINGGI KERANA JIKA ENGKAU GAGAL, ENGAKU AKAN JATUH DI PUNCAK GUNUNG YANG TERTINGGI"
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT
Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.