18300 GUA MUSANG, KELANTAN

Wednesday, 13 November 2013

Majlis Maulidur Rasul & Anugerah Cemerlang 2012



7 Februari 2013 adalah tarikh yang sangat bermakna kepada seluruh ke warga SK Pulat kerana telah berlangsung 2 majlis yang sangat istimewa iaitu Majlis Sambutan Maulidur 1434 Hijriah berserta Majlis Anugerah Cemerlang 2012.

Cinta itu adalah dari Allah S.W.T dan sebaik-sebaik cinta ialah mencintai Allah dan Rasul-Nya, Nabi Muhamad SAW. Objektif utama Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini ialah bagi mengingati lahirnya seorang insan yang mulia yang telah mengubah sejarah peradaban dunia. Baginda ialah Nabi Muhamad S.A.W. Program tahunan ini adalah bagi membangkitkan rasa cinta akan Nabi Muhamad S.A.W.


Sambutan telah dimulakan dengan perarakan dari kawasan sekolah ke kawasan Kg Pulat dan kembali ke Dewan Sk Pulat. Majlis seterusnya diserikan dengan penyampaian kuliah oleh Ustaz Hasbi Nasim.  Kuliah yang begitu menarik dari beliau  ternyata menarik minat anak-anak SK Pulat.


Program diteruskan lagi dengan Majlis Anugerah Cemerlang 2012. Majlis ini diadakan bagi meraikan 3 orang bekas pelajar Tahun 6 SK Pulat yang lulus 100% di dalam UPSR 2012. Mereka ialah  Faisal B Sona, Siti Suwani Bt. Jali dan Rohayu Bt Seli. Selain itu pelajar tahun 4 yang telah menjadi pelajar kategori ‘Arus Perdana’ bagi program LINUS 2012 juga diraikan di dalam majlis yang sama.  Semoga dengan kejayaan mereka ini akan menjadi sumber motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Ustaz Moktar sedang menguruskan pelajar berkumpul di depan bangunan sekolah
Ustaz Loqman bersama guru-guru lain bersiap sedia untuk perarakan Maulidur Rasul

Cikgu Fishah tekun melaungkan selawat memuji Baginda Nabi Muhamad SAW

Ustaz Hasbi Nasim menyampaikan ilmu kepada para pelajar
Pelajar SK Pulat tekun mendengar kuliah dari Ustaz Nasim
3 orang pelajar cemerlang UPSR 2012

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pelajar tahun 4 yang menjadi pelajar 'arus perdana' program LINUS 2012

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Faisal b Sona sambil diperhatikan oleh kedua ibu bapanya



Siti Suwani menerima hadiah penghargaan dari Guru Besar

Rohayu pula menerima hadiah penghargaan dari Guru Besar.
"IMPIKAN UNTUK MENCAPAI BINTANG YANG TERTINGGI KERANA
JIKA ENGKAU GAGAL, ENGAKU AKAN JATUH DI PUNCAK GUNUNG YANG TERTINGGI"

I BELIEVE I CAN FLY!



0 comments :

Post a Comment

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT

Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.