Alhamdullilah, Sekolah Kebangsaan Pulat telah pun memiliki sebuah
surau yang baru yang siap diubahsuai awal tahun ini. Walaubagaimanapun,
selepas siap proses pengubahsuaian, surau kami masih lagi di dalam
keadaan yang serba kekurangan terutamanya dari segi kemudahan
peralatan elektrik dan saiznya juga sempit untuk memenuhi keperluan 80
orang warga SK Pulat. Hasil inisiatif kami sendiri, satu derma kilat
telah dilancarkan dan telah mendapat maklum balas positif dari
sekumpulan kecil penderma yang berbesar hati menyumbang ke tabung surau.
Pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada
penderma-penderma yang sudi menyumbang untuk pembangunan Surau SK Pulat.
Namun, kami masih lagi memerlukan sumbangan anda.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT
Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTahniah. Laman yang membantu kami melihat sedikit sebanyak suasana sekolah khusus buat anak-anak masyarakat di pedalaman. Selamat Maju Jaya.
HMR