Sekolah Kebangsaan Pulat telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi pada 23 hingga 26 Oktober 2013. Lawatan ini bagi mendedahkan pelajar tentang dunia luar serta bagi menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar.
Pelajar merasai pengalaman pertama di Jeti Kuala Perlis
Wajah cemas pelajar menaiki bot laju ke Langkawi
Aksi buaya di Taman Buaya Langkawi
Tiga jejaka Warga Pulat beraksi di Taman Buaya
Pelajar menaiki 'gondola' di Langkawi Cable Car
Ustaz Luqman bergambar bersama koleksi kereta antik di Galeria Perdana.
"Guru bagaikan pelita membakar diri menerangi masa depan anak-anak"
Setiap tahun, Sekolah Kebangsaan Pulat akan mengadakan sambutan Hari Guru bagi menghargai dan memberi motivasi kepada para guru di sekolah pedalaman ini untuk terus menyampaikan ilmu kepada anak-anak Orang Asli Temiar. Jika di sekolah bandar, peranan guru sudah mulai mengalami hakisan kerana wujudnya pelbagai sumber ilmu lain menjadi alternatif kepada pelajar seperti pusat tusyen dan internet. Namun di sekolah pedalaman seperi Sekolah Kebangsaan Pulat, peranan guru masih dianggap sumber ilmu yang utama. Jadi masa depan pelajar Orang Asli Temiar di sini terletak di atas usaha para guru untuk terus menerus menyampaikan ilmu pengetahuan. Sambutan Hari Guru ini telah diadakan pada 11 Jun 2013 bersamaan 3 Syabaan 1434 Hijriah.
Guru Besar menunjukkan skil mengawal bola dalam perlawanan bola sepak antara guru.
Nik Suhesam mencuba nasib dalam acara sepak bola dalam gol.
Pelajar beratur untuk membuang undi bagi memilih guru paling bergaya dan guru paling popular
Pelajar turut sama bermain permainan kerusi muzik.
Pertandingan ping pong turut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara staf.
Tuan Haji Arifin menyampaikan hadiah kepada Nik Suhesam
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah Guru Paling Bergaya kepada Cikgu Anwar.
7 Februari 2013 adalah tarikh yang sangat bermakna kepada
seluruh ke warga SK Pulat kerana telah berlangsung 2 majlis yang sangat
istimewa iaitu Majlis Sambutan Maulidur 1434 Hijriah berserta Majlis Anugerah Cemerlang
2012.
Cinta itu adalah dari Allah S.W.T dan sebaik-sebaik cinta
ialah mencintai Allah dan Rasul-Nya, Nabi Muhamad SAW. Objektif utama Majlis
Sambutan Maulidur Rasul ini ialah bagi mengingati lahirnya seorang insan yang
mulia yang telah mengubah sejarah peradaban dunia. Baginda ialah Nabi Muhamad S.A.W.
Program tahunan ini adalah bagi membangkitkan rasa cinta akan Nabi Muhamad
S.A.W.
Sambutan telah dimulakan dengan perarakan dari kawasan
sekolah ke kawasan Kg Pulat dan kembali ke Dewan Sk Pulat. Majlis seterusnya diserikan
dengan penyampaian kuliah oleh Ustaz Hasbi Nasim. Kuliah yang begitu menarik dari beliau ternyata menarik minat anak-anak SK Pulat.
Program diteruskan lagi dengan Majlis Anugerah Cemerlang
2012. Majlis ini diadakan bagi meraikan 3 orang bekas pelajar Tahun 6 SK Pulat
yang lulus 100% di dalam UPSR 2012. Mereka ialah Faisal B Sona, Siti Suwani Bt. Jali dan
Rohayu Bt Seli. Selain itu pelajar tahun 4 yang telah menjadi pelajar kategori
‘Arus Perdana’ bagi program LINUS 2012 juga diraikan di dalam majlis yang sama.
Semoga dengan kejayaan mereka ini akan
menjadi sumber motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Ustaz Moktar sedang menguruskan pelajar berkumpul di depan bangunan sekolah
Ustaz Loqman bersama guru-guru lain bersiap sedia untuk perarakan Maulidur Rasul
Cikgu Fishah tekun melaungkan selawat memuji Baginda Nabi Muhamad SAW
Ustaz Hasbi Nasim menyampaikan ilmu kepada para pelajar
Pelajar SK Pulat tekun mendengar kuliah dari Ustaz Nasim
3 orang pelajar cemerlang UPSR 2012
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pelajar tahun 4 yang menjadi pelajar 'arus perdana' program LINUS 2012
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Faisal b Sona sambil diperhatikan oleh kedua ibu bapanya
Siti Suwani menerima hadiah penghargaan dari Guru Besar
Rohayu pula menerima hadiah penghargaan dari Guru Besar.
"IMPIKAN UNTUK MENCAPAI BINTANG YANG TERTINGGI KERANA JIKA ENGKAU GAGAL, ENGAKU AKAN JATUH DI PUNCAK GUNUNG YANG TERTINGGI"
Asalamualaikom and hi. Pihak Admin blog memohon maaf kerana tidak mengemaskini blog ini untuk beberapa ketika. Insyallah, kami akan sentiasa update maklumat tentang SK Pulat selepas ini.
Nantikan artikel terbaru kami!
~Cikgu Anwar HSM, Ketua Editor Blog Rasmi SK Pulat~
Alhamdullilah, Majlis Bantuan Awal Persekolahan 2013 telah diadakan pada 29 Januari 2013 dan disempurnakan oleh YB En. Mat Yusof b. Abd Ghani, ADUN Nenggiri. Bantuan ini merupakan inisiatif kerajaan persekutuan di dalam mengurangkan beban yang ditanggung oleh kebanyakan ibu bapa di dalam memastikan persekolahan anak-anak mereka tidak terjejas. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan YB kerana sudi berkunjung ke sekolah pedalaman kami.
"Terima kasih Daun Keladi,
Selalu-selalulah berkunjung ke sekolah kami"
Ustaz Loqman mengepalai majlis
Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan aluan.
YB menyampaikan ucapan dan amanat.
YB menyampaikan bantuan kepada ibu bapa
Puan Mariam bt Daud membantu menyediakan makanan
Majlis diakhiri dengan ucapan selawat ke atas junjungan besar Muhamad (Peace be Upon Him)
Asalamualaikom. Tahun 2012 sudah menjadi kenangan abadi untuk seluruh Warga Pulat dengan pelbagai suka duka kejayaan serta warna warni pencapaian. Tahun baru yan menjelma , 2013 bakal dijadikan tahun momentum untuk terus mencipta kejayaan. Team Blogger SK Pulat pula berazam untuk sentiasa mengaktifkan blog sekolah dengan berita-berita yang tepat serta berkualiti. Semoga 2013 menjadi titik islah kepada semua warga SK Pulat. Insyallah
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT
Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.