05:57
"Guru bagaikan pelita membakar diri menerangi masa depan anak-anak"
Setiap tahun, Sekolah Kebangsaan Pulat akan mengadakan sambutan Hari Guru bagi menghargai dan memberi motivasi kepada para guru di sekolah pedalaman ini untuk terus menyampaikan ilmu kepada anak-anak Orang Asli Temiar. Jika di sekolah bandar, peranan guru sudah mulai mengalami hakisan kerana wujudnya pelbagai sumber ilmu lain menjadi alternatif kepada pelajar seperti pusat tusyen dan internet. Namun di sekolah pedalaman seperi Sekolah Kebangsaan Pulat, peranan guru masih dianggap sumber ilmu yang utama. Jadi masa depan pelajar Orang Asli Temiar di sini terletak di atas usaha para guru untuk terus menerus menyampaikan ilmu pengetahuan. Sambutan Hari Guru ini telah diadakan pada 11 Jun 2013 bersamaan 3 Syabaan 1434 Hijriah.
|
Guru Besar menunjukkan skil mengawal bola dalam perlawanan bola sepak antara guru. |
|
|
|
Nik Suhesam mencuba nasib dalam acara sepak bola dalam gol. |
|
Pelajar beratur untuk membuang undi bagi memilih guru paling bergaya dan guru paling popular |
|
|
Pelajar turut sama bermain permainan kerusi muzik. |
|
|
Pertandingan ping pong turut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara staf. |
|
Tuan Haji Arifin menyampaikan hadiah kepada Nik Suhesam |
|
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah Guru Paling Bergaya kepada Cikgu Anwar. |
|
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT
Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.
0 comments :
Post a Comment