Sekolah Kebangsaan Pulat mempunyai seramai 8 orang murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR bermula 13 September hingga 15 September 2011. Mereka ialah Along B Yasin , Jassi B Ghani ,Mohd.Naim B. Mat Ismail , Noreem B Sarim ,Abok Salina Bt Angah , Rosmina Bt Ghani , Senurew Bt Anas dan Shilpa Bt Moktar. Semua guru dan ibu bapa mendoakan agar semua pelajar kita ini dapat lulus dengan cemerlang dan membaiki prestasi sekolah pada tahun lepas.
Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Pulat
Pemandangan Di Kawasan SK Pulat

Wednesday, 23 November 2011
Saturday, 8 October 2011
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Pulat 2011
"Ukhwah dibina, Islah diperkasa"
Sekolah Kebangsaan Pulat telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 21 September 2011 yang lalu. Sambutan kali ini bertemakan "Ukhwah dibina, Islah diperkasa" mendapat tajaan sepenuhnya dari Zizie Sdn. Bhd , pengusaha kantin sekolah. Majlis ini disertai oleh bukan sahaja para pelajar dan staf sekolah , malahan juga penduduk kampung.
~Pictures tell thousands stories~
Gambar 1 : Cikgu Fadzil , En Haslizan dan Kak Mah menunjukkan kepakaran
masing-masing dalam mempersiapkan lemang
Gambar 2 : Para 'petugas lemang' bekerja keras untuk
menyalakan api
Gambar 3 : YDP PIBG, En. Mokhtar turut turun padang membantu
untuk menyiapkan lemang
Gambar 4 : Penolong Kanan Pentadbiran, En Ahmad Musadik
turut membantu persiapan sambutan Hari Raya.
Gambar 5 : Para guru dan staf bergotong-royong membantu mempersiapkan
juadah sambutan raya
Gambar 6 : Pelbagai hidangan yang memikat selera
Iftar Jamie' 2011
Hadis riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, yang maknanya:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”.
Tanggal 23 Ogos 2011, Allah S.W.T telah mengizinkan para staf dan pelajar Sekolah Kebangsaan Pulat, mengadakan Majlis Iftar Jamie 2011. Majlis berbuka puasa berjemaah ini bertujuan untuk mengerat hubungan di antara pelajar, guru dan staf SK Pulat serta meraikan para pelajar yang telah berpuasa selama 23 hari. Semoga Allah menerima ibadah puasa kita, Insyallah.
Gambar 1 : Para pelajar SK Pulat bersabar menanti waktu berbuka puasa
Gambar 2 : Penyelia Asrama , En Sani mengedarkan aiskrim kepada semua pelajar
Gambar 3 : Wakil Zizie Sdn Bhd, Kak Lah turut sama membantu menyediakan
hidangan berbuka sambil diperhatikan oleh Puan Maryam dan Cikgu Aziz
Gambar 4 : Para guru dan staf SK Pulat bersama menanti saat berbuka puasa
Gambar 5 : Ustaz Luqman, Cikgu Wan dan Cikgu Faizol menikmati hidangan berbuka
KAMI WARGA SK PULAT INGIN MENGUCAPKAN
Saturday, 2 July 2011
Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Sekolah Kebangsaan Pulat telah mengadakan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia pada hari Sabtu, 2 Julai 2011. Program ini dilakukan selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahu merealisasikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Program yang dilakukan serentak di seluruh negara ini, telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohamed Bin Zakaria tepat jam 7.45 pagi. Murid-murid perlu mengharungi larian sejauh 1.5 km dan melalui 3 buah kampung di Pos Pulat. Tahniah kepada semua warga SK Pulat kerana menjayakan program ini!
Gambar 1 : Pihak Urusetia membantu menguruskan murid sebelum acara.
Gambar 2 : Para guru mengedarkan nombor kepada para peserta larian
Gambar 3 : En Fadzil mengendalikan acara 'warming up"
Gambar 4 : Tuan Guru Besar melepaskan para peserta larian
Gambar 5 : Para peserta bersungguh-sunguh berlari mengikut laluan yang ditetapkan
Gambar 7 : Para petugas memastikan laluan peserta selamat dan lancar.
Gambar 7 : En Haslizan bertungkus lumus menjaga "check point"
yang perlu dilalui oleh peserta larian
Gambar 8 : Wajah gembira peserta Larian 1M1S1M, adik Manisha
Perlawanan Persahabatan: Pasukan Pilihan SK Pulat vs Pasukan Pilihan SK Kuala Betis
"Espirit De' Corps"
Pada 14 Jun 2011, Pasukan Pilihan SK Pulat telah mengadakan perlawanan bola sepak menentang Pasukan Pilihan SK Kulah Betis. Perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara staf dan guru kedua-dua sekolah ini dan mereliasasikan konsep "Sukan Untuk Semua". Perlawanan ini telad diadakan di padang SK Kuala Betis dan Pasukan Pilihan SK Pulat telah memenangi perlawanan ini dengan jaringan 3 -1. Tahniah kepada Pasukan Pilihan SK Pulat!
Gambar 1 : "Warming Up" secara bersantai
Gambar 2 : Pasukan Pilihan SK Pulat bergambar sebelum perlawanan persahabatan
Gambar 3 : Aksi menarik penyerang Pasukan Pilihan SK Pulat
Gambar 4 : Pasukan Pilihan SK Kuala Betis berjaya menyerap asakan pasukan lawan.
Gambar 5 : Kedua-dua pasukan menikmati jamuan ringkas
yang disediakan oleh pihak pengurusan SK Kuala Betis
Warga Sekolah Kebangsaan Pulat ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan
Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di atas layanan mesra yang diberikan.

Friday, 17 June 2011
English Weekly Program : “Spell it Right”
The English Panel of Sekolah Kebangsaan Pulat decided to organize a program to improve the word bank of the students. The program entitled “Spell it Right”, is conducted every Tuesday during the assembly. This program is part of the yearly plan of the English Panel and the target group is the students of Year4,5 and 6. The objective of this program is to improve the students’ word bank and at the same time improve their pronunciation and spelling skill. The Headmaster, En Mohamed Bin Zakaria, agreed to provide financial aid to support this program.
Picture 1 : A selected student had to spell the chosen word correctly.
Picture 2 : Another student was selecting a word card.
Picture 3 : The 'winner' received rewards from the Headmaster
Wednesday, 15 June 2011
Mesyuarat Agung PIBG (3) 2011 & Agihan Wang KWAMP 2011
Sekolah Kebangsaan Pulat telah mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang ke 3 bagi tahun 2011. Program ini diadakan pada Khamis, 26 Mei 2011 bertempat di Dewan Sri Pulat, bertujuan untuk memilih Jawatankuasa PIBG yang baru bagi sesi 2011 - 2013. Program ini juga diadakan serentak dengan Majlis Agihan Wang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) sesi pertama 2011. Hasil dari mesyuarat PIBG ini, jawatankuasa baru telah dibentuk. Diharap jawatankuasa baru ini mampu menunjukkan prestasi kerja yang membanggakan sekaligus menaikkan nama Sekolah Kebangsaan Pulat. Jawatankuasa PIBG yang baru ialah :
Penasihat : En. Mohamed Bin Zakaria (Tuan Guru Besar)
Yang DiPertua : En Mokhtar Bin Jelid
Timbalan Yang DiPertua : En Majid Bin Busu
Setiausaha : En. Anwar Hussain Bin Shaik Mohamed (Guru)
Bendahari : En. Mokhtar Bin Hussin (Guru)
AJK : En Muhamad Fadzil Bin Muhamad Fauzi (Guru)
En. Zakaria Bin Jusof ( Kg. Siluman)
En. Liman Bin Ahong ( Kg. Baru)
En. Kamal Bin Angah ( Kg. Jambal)
En. Roslan bin Angah (Kg. Gagek)
En. Angah Bin Saleh ( Kg. Pulat)

Gambar 1 : Pendaftaran untuk Majlis PIBG dan KWAMP
Gambar 2 : Para Ibu bapa memenuhi Dewan Sri Pulat
Gambar 3 : En Angah bin Jelid dilantik sebagai pengerusi sementara Majlis PIBG
Gambar 4 : Pemilihan AJK PIBG SK Pulat ynag baru sedang diadakan
Gambar 5 : Pihak Ibu bapa memberi cadangan untuk dipertimbangkan oleh AJK PIBG yang baru
Monday, 16 May 2011
Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat ( Terkini dari Utusan Malaysia Online)
KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.
Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.
"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.
"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan
(http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm)

Friday, 13 May 2011
Majlis Jasamu Dikenang
"Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan"
Sekolah Kebangsaan Pulat telah menjadi medan perjuangan kepada 5 orang kakitangan yang begitu berdedikasi dalam membangunkan potensi pelajar Asli. Cikgu Razali Bin Ab Rahman, Ustaz Marwanul Hakim Bin Mansor dan Cikgu Muhamad Zailani Bin Mat Seman telah mengakhiri perjuangan mereka di sini apabila ditukarkan ke sekolah baru. Cikgu Razali telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Bihai sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, manakala Ustaz Marwan dan Cikgu Zailani masing-masing ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Merbau dan Sekolah Kebangsaan Bayu Lalang. Selain itu, Pembantu Pengurusan Murid, En. Shahriman Bin Sheh Ahmad, juga telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Baru. Sekolah Kebangsaan Pulat juga kehilangan staf kantin yang disayangi iaitu Mili kerana bertukar tempat bekerja. Jadi sebagai menghargai jasa kakitangan sekolah yang bertukar ini, pihak pentadbiran telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang pada 3 Mei 2011 bertempat di Dewan Makan Sekolah Kebangsaan Pulat. Program yang berkonsepkan majlis makan malam ini turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid sekolah. Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Pulat mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kakitangan yang telah bertukar ini atas jasa dan sumbangan mereka membangunkan anak-anak asli di sini.
Para kakikatangan SKP ceria menikmati santapan malam
bersama tetamu yang dirai.
Ustaz Marwan menceritakan pengalamannya di sekolah baru
En Shahriman meluahkan perasaannya
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Pulat
Tuan Guru Besar menyampai hadiah kenangan kepada Cikgu Li.
Ustaz Marwan mengukir senyuman manis ketika menerima hadiah penghargaan dari
Tuan Guru Besar
En. Shahriman berbesar hati menerima hadiah penghargaan dari Tuan Guru Besar
En Mili puas menerima sumbangan dari Tuan Guru Besar.
SELURUH WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT INGIN MENGUCAPKAN.....
Tuesday, 10 May 2011
Kejohanan Sukan Asrama Sekolah Kebangsaan Pulat Kali Ke 8
Pada 4 Mei 2011, Sekolah Kebangsaan Pulat telah berjaya melangsungkan Kejohanan Sukan Asrama Sekolah Kebangsaan Pulat Kali Ke 8. Program tahunan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dan pada masa yang sama meningkatkan minat pelajar terhadap sukan. Program ini telah dimulakan dengan larian merentas desa dan diikuti dengan program sukaneka. Program ini juga telah menarik minat perhatian penduduk Pos Pulat untuk turut sama menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. Program ini telah berjalan lancar dan majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En Mohamed Bin Zakaria tepat jam 11.30 pagi.
![]() |
Para pelajar memanaskan badan dahulu sebelum menyertai larian merentas desa |
![]() |
Para pelajar sedang 'memecut' di laluan acara merentas desa. |
![]() |
Pelajar berarak masuk untuk memberi lintas hormat kepada Tuan Guru Besar. |
![]() | ||||
Para pelajar bermain dengan bersungguh-sungguh |
![]() | |||||||||||||||
Penduduk Pos Pulat dan Staf SK Pulat berentap tenaga dalam acara tarik tali |
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAT
Sekolah Kebangsaan Pulat telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan pada tahun ini, SKP telah berusia 15 tahun. Matlamat penubuhan SKP ialah untuk memajukan serta mengembangkan anak-anak masyarakat Asli berketurunan Temiar di Pos Pulat. SKP kini menampung sejumlah 74 orang pelajar asli.